Menubuhkan Kesatuan Melayu Muda Ibrahim_Yaakob

Persatuan Belia Melayu yang pada asalnya bercorak sosial berubah kepada motif politik. Selaras dengan perubahan tersebut, nama Persatuan Belia Melayu telah ditukar kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau turut dikenali sebagai Young Malay Union.

Pada 1939 pada usia 28 tahun, beliau menubuhkan secara rasmi [[Kesatuan Melayu Muda] yang kebanyakannya terdiri daripada golongan guru Melayu lepasan MPSI. Persatuan ini menjurus kepada persatuan pemuda Melayu yang berasaskan ‘pemuda-pemuda sedar’ atau ‘progresif’ yang dalam lingkungan usia lewat 20-an. Beliau sebagai pengasas menjadi Yang diPertua, Onan Haji Siraj sebagai Naib Yang Dipertua, Abdul Karim Rashid sebagai setiausaha, Haji Othman Abdullah sebagai bendahari, Hassan Manan, Ahmad Boestaman, Isa Muhamad, Ishak Haji Mohammed, Sultan Djenain dan lain-lain tokoh. Dr Burhanuddin Helmi menyertai KMM pada 1939. Dato Onn Jaafar yang akan mengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menyertai KMM pada April 1942. Nama KMM diberikan oleh Sultan Djenain , seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia yang bertindak sebagai penaung KMM.

[4]

Tahun 1940, seusia 29 tahun, Ibrahim Yaakob telah menjadi nasionalis radikal yang mengagumi idealisme dan karisma Sukarno. Ketika Perang Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah ditangkap oleh pihak British tetapi dibebaskan pada 1942 oleh pihak Jepun setelah Jepun mendarat di Tanah Melayu. Tentera Jepun menubuhkan tentera Pembela Tanah Air (PETA) di pulau Jawa. Tetapi menubuhkan Giyuugun di pulau Sumatera dan di Tanah Melayu. [5]Dia meninggal di Jakarta pada 8 Mac 1979.[6] Komander tentera Jepun melantik Ibrahim Yaakob sebagai Leftenan Kolonel bagi pasukan tentera Giyuugun.

KMM tidak tertakluk kepada golongan bangsawan dan sesuai untuk golongan bawahan. Sementara Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail Tengku Muhammad Yasin dikuasai oleh golongan bangsawan,slogan KMM ialah “satu untuk semua:semua untuk satu”.

Rujukan

WikiPedia: Ibrahim_Yaakob http://www.bartleby.com/67/2455.html http://ibnumadzir.blogspot.com/2008/11/kenali-toko... http://ibnumadzir.blogspot.com/2008/12/kenali-toko... http://books.google.com.my/books?id=c0LrqNu5-JEC&p... http://books.google.com.my/books?id=h9n-i40MY9QC&p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p072446188 http://isni.org/isni/0000000027729361 https://id.loc.gov/authorities/names/n86064081 https://d-nb.info/gnd/1026016401